Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

NEW YORK – Harga minyak dunia jatuh di bawah paras AS$60 setong selepas inventori minyak Amerika Syarikat meningkat untuk 10 minggu berturut-turut.

Bagaimanapun, harga minyak meningkat berbanding hari sebelumnya susulan kenaikan dalam pasaran saham selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell berkata, risiko ekonomi Amerika Syarikat adalah seimbang dan kenaikan kadar faedah secara berperingkat-peringkat akan lebih perlahan pada bulan akan datang.

Dalam tempoh tiga hari lalu, pelabur-pelabur minyak sanggup membeli ketiga harga menurun 30 peratus sejak awal bulan Oktober.

Minyak mentah Brent turun AS$0.32 atau 0.5 peratus kepada AS$59.89 setong pada 1:18 pagi. EST (1818 GMT), selepas jatuh serendah AS$59.03.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat jatuh kepada AS$51.31 setong, naik daripada sesi terendah pada AS$ 50.61.

Stok minyak Amerika Syarikat naik 3 juta tong minggu lepas, melebihi jangkauan.

Selepas kejatuhan dua setengah tahun rendah pada September, bekalan minyak mentah telah meningkat 14 peratus dengan kenaikan selama 10 minggu.

Bekalan minyak Amerika Syarikat yang mantap sebahagiannya disebabkan oleh penyelenggaraan penapisan bermusim, tetapi pengeluaran domestik juga meningkat kepada rekod 11.7 juta tong sehari.

Stok simpanan Amerika Syarikat kini berjumlah 450 juta tong, paling tinggi dalam tempoh setahun telah meningkatkan kebimbangan lebihan bekalan di seluruh dunia. – MalaysiaGazette