KUALA LUMPUR – Sebuah parti pelampau India membuat tuduhan liar serta melampaui batas kononnya insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafields menyebabkan ramai kanak-kanak dan wanita dibunuh kejam.
Malah apa yang lebih menimbulkan kemarahan apabila beberapa pemimpin puak pelampau Parti Rakyat Hindu membuat dakwaan rata-rata dibunuh dengan cara paling ganas antaranya dikelar leher serta tengkuk.
Ketuanya, Arjun Sampath juga mendakwa isu perobohan kuil itu merupakan satu percubaan hasutan peperangan dengan pihak berkuasa apabila polis hanya berdiam diri ketika rakyat Malaysia berketurunan India terbunuh dalam keadaan paling menyayat hati.
“Kakak-kanak, wanita dan ramai lagi di bunuh dengan kejam seperti dikerat leher ketika insiden cubaan perobohan kuil. Belia juga dipenggal kepala.
“Polis hanya tengok sahaja apabila mereka merayu nyawa mereka di hujung, percikan darah di mana-mana tetapi hanya dipandang sepi oleh pihak berkuasa.
“Perbuatan tidak berperikemanusian ini dilakukan oleh orang Islam ‘fanatik’ yang begitu dahagakan darah. Kita warga Hindu seluruh dunia khasnya India merasa sedih dan meruntun jiwa.
“Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh terima dan saya gesa Presiden Narenda Modi untuk segera mengambil tindakan menyoal mengapa kerajaan lambat bertindak,” katanya dalam memorandum yang di sampaikan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu kelmarin.
Malah tuduh Arjun, penceramah India yang dianggap pengganas Zakir Naik mendapat perlindungan di Malaysia sudah mencerminkan pendirian negara ini.
“Kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk menghukum dalang serangan ini dengan lebih berat,” tegasnya. -MalaysiaGazette
KDN wajib peka n brtindak maju setapak mengatasi pem’viral’ yg sentisa jadikan menu utama dlm setiap page/group utk meraih like group mereka
internet di tamil nadu narrow band atau dia buta huruf
Agak2la nak menipu pun…