Home Ekonomi Sime Darby tutup Jalan Bristol

Sime Darby tutup Jalan Bristol

KUALA LUMPUR – Jalan Bristol di Ladang Lagong, Selangor akan ditutup secara kekal kepada semua trafik mulai 3 Disember ini.

Sime Darby Property berkata, Jalan Bristol melintasi tanah persendirian miliknya di Ladang Lagong.

Akses jalan akan ditutup kepada orang awam atas sebab-sebab keselamatan dan untuk menghentikan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lokasi tersebut sebagai tapak pembuangan haram.

Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Rawang – Bestari Jaya (laluan B27), Jalan Kundang (laluan B29), Jalan Kawasan Perindustrian Rawang (Laluan Persekutuan 3209), Lebuhraya Utara-Selatan dan Guthrie Corridor Expressway.

Menurutnya, Sime Darby Property telah memperoleh kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan penutupan tetap Jalan Bristol.

Sebagai pemilik tanah, Sime Darby Property telah mendirikan papan tanda dan sepanduk sejak 5 November 2018 untuk memberitahu orang ramai mengenai penutupan jalan tersebut. – MalaysiaGazette