Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai memberikan keterangan hari kedua berkaitan siasatan SPRM mengenai projek solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah di kawasan pedalaman di Sarawak.
Beliau keluar jam 12.30 tengahari dengan menaiki kereta Toyota Vellfire bernombor pendaftaran WB58E. Mahdzir disoal siasat sehingga 3 jam di ibu pejabat SPRM hari ini.
Beliau sebelum ini tiba jam 9.15 pagi dengan menaiki Honda Jazz.