Home Dunia Bekas pegawai AS mengaku terlibat skandal berkaitan 1MDB

Bekas pegawai AS mengaku terlibat skandal berkaitan 1MDB

logo 1MDB
Gambar hiasan

WASHINGTON – Seorang bekas pegawai Jabatan Kehakiman mengaku peranannya berusaha membuatkan Amerika Syarikat (AS) menggugurkan siasatan dalam skim pembersihan wang haram dan rasuah yang telah mencuri berbilion dolar daripada dana pelaburan Malaysia.

George Higginbotham yang mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan di Washington merupakan pengiktirafan awam pertama terhadap cubaan merahsia untuk menekan para pegawai AS bagi menghentikan siasatan ke atas dana yang dikenali 1MDB, lapor AP.

Siasatan rasuah yang menggoncang politik Malaysia menyaksikan dunia dengan wang daripada duit judi di Las Vegas digunakan untuk membeli barangan kemas permata dan kapal layar mewah selain digunakan untuk membiayai filem Wolf of Wall Street dan produksi-produksi lain Hollywood.

Parti pemerintah Malaysia yang lama telah berkuasa digulingkan pada pilihan raya Mei lalu dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewujudkan dana tersebut kini berdepan dengan tuduhan jenayah di negaranya.

Para pendakwa berkata, Higginbotham yang bekerja di bawah hal ehwal kakitangan kongres di Pejabat Jabatan Kehakiman membantu membuka akaun bank dan mewujudkan dokumen pinjmaan palsu untuk syarikat yang tidak aktif untuk membayar individu berpengaruh bagi menekan para pegawai untuk menghentikan siasatan mereka. Identiti individu itu tidak dinyatakan di mahkamah.

Pihak berkuasa mendakwa usaha Higginbotham juga bermakna merahsiakan pembabitan mereka yang berkomplot yang mana pendakwaraya berkata beliau adalah seorang perancang 1MDB dan kerana itu bank-bank tidak berurusan dengannya secara langsung.

Higginbotham mengaku di mahkamah bahawa akaun bank dan syarikat yang tidak aktif itu diwujudkan pada 2017 kerana pengaruh individu tersebut yang tidak mahu terikat secara langsung kepada mereka yang berkomplot.

Higginbotham secara palsu mendakwa dalam e-mel kepada bank bahawa wang itu digunakan untuk membiayai pelaburan hiburan dan gagal mendedahkannya, malah ia digunakan untuk membiayai usaha melobi bagi menutup siasatan 1MDB, kata para pendakwaraya.

Higginbotham juga mengembara ke negara asing untuk bertemu mereka yang berkomplot dan bibayar AS$70,000 kerana pembabitannnya itu, kata pihak berkuasa.

Higginbotham tidak menjawab soalan yang dikemukakan kerana telah meninggalkan mahkamah.

Pihak berkuasa berkata, Higginbotham juga merupakan sebahagian daripada percubaan untuk membawa seorang warga asing yang berada dalam keadaan kritikal di negaranya ke AS dengan menggunakan visa namun diusir dari AS dan dihantar pulang ke negara asal.

Para pendakwaraya menuduh Higginbotham telah bertemu dengan duta namun tidak dinyatakan negaranya dan memberitahu mereka bahawa dia bertindak atas kapasitinya dan bukan mewakili Jabatan Kehakiman namun kerajaan AS berusaha untuk mengusir individu tersebut.

Higginbotham memberitahu hakim bahawa AS$41 juta telah dimasukkan dalam akaun yang sepatutnya dibayar kepada individu yang mempunyai kaitan politik apabila warga asing itu diusir AS.

Hakim Daerah AS, Colleen Kollar-Kotelly berkata, Higginbotham mungkin berdepan dengan hukuman penjara selama 16 bulan namun turut menyatakan beliau juga mungkin tidak dipenjarakan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuannya itu, Higginbotham bersetuju untuk menjadi saksi di hadapan juri selain bertemu para penyiasat persekutuan.

Higginbotham mengaku bersalah terhadap tuduhan konspirasi membuat kenyataan palsu kepada sebuah bank dan dibebaskan tanpa ikat jamin semalam. Beliau akan kembali ke mahkamah pada Mac tahun depan.

Sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB, pada 1 November lalu Jabatan Kehakiman mengumumkan dakwaan jenayah ke atas ahli kewangan warga Malaysia yang dalam pelarian dan dua bekas pegawai Goldman Sach, mendakwa mereka melakukan skim pembersihan wang haram dan rasuah dengan mencuri berbilion dolar daripada dana itu.

Pada 2016 Jabatan Kehakiman mendapat semula AS$1 bilion yang dikatanya telah dicuri, memfailkan aduan awam yang meminta hartanah dirampas, termasuk sebuah penthouse di Manhattan, rumah agam di Beverly Hill, sebuah pesawat mewah dan hasil lukisan karya Vincent Van Gogh dan Claude Monet. – Agensi