Home Sukan Malaysia seri, tempah laluan sukar

Malaysia seri, tempah laluan sukar

Reaksi pemain-pemain Malaysia selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand yang berkesudahan 0-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya gagal mencalar ego juara bertahan Thailand apabila sekadar seri 0-0 pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Anak buah Tan Cheng Hoe jelas gagal menyempurna deretan peluang di hadapan gol skuad Gajah Putih itu terutama pada separuh masa pertama.

Namun kelemahan jentera serangan menyebabkan tiada satu gol mampu diraih tuan rumah ketika pasukan pelawat terpaku dengan aksi menarik dan pantas Harimau Malaya.

MGF01122018_MAS V THAI AFF_11
Pemain Malaysia, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (tengah) diasak keras pemain-pemain Thailand semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berharap skuad negara terus berjuang pada aksi kedua nanti.

“Tidak dilupakan juga buat seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama menonton menerusi siaran langsung di televisyen dan sentiasa mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2018 ini.

“Buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai, teruskan berjuang bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu ini meskipun kita mencatat keputusan seri 0-0 dan gagal meraih kemenangan pada aksi separuh akhir pertama di gelanggang sendiri ini.

MGF01122018_HUMAN INTEREST MAS V THAI_23
Antara gelagat Ultra Malaya ketika hadir bagi memberi sokongan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

“Kita perlu kekal positif dan jangan terlalu kecewa, peluang masih terbuka. Kita harus terus fokus kerana masih ada baki 90 minit lagi untuk kita berjuang dalam memastikan Malaysia dapat melangkah ke pentas final pada 11 dan 15 Disember depan.

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak,” ujarnya dalam satu kenyataan selepas perlawanan.

Selepas ini Malaysia akan berkunjung ke Rajamangala di Bangkok, Thailand untuk aksi separuh akhir kedua pada 5 Disember ini.

Sementara itu, suasana di Stadium Nasional gegak gempita apabila lebih 80,000 penyokong hadir dan memenuhi segenap ruang stadium yang dianggap sebagai gelanggang keramat Harimau Malaya. – MalaysiaGazette

MGF01122018_MAS V THAI AFF_07
Pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh (tengah) diasak keras pemain-pemain Thailand semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018