Home Dunia Erdogan mahu suspek bunuh Khashoggi diekstradisi

Erdogan mahu suspek bunuh Khashoggi diekstradisi

Recep Tayyip Erdogan. foto BBC

BUENOS AIRES – Presiden Recep Tayyip Erdogan menuntut Arab Saudi mengekstradisi suspek-suspek yang terlibat dalam pembunuhan Jamal Khashoggi.

Bercakap di G20, isu pembunuhan Khashoggi tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat itu tetapi ia akan dibawa oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Erdogan berkata, kes pembunuhan wartawan itu telah menguji seluruh dunia tetapi beliau bukan mahu menjejaskan keluarga diraja Arab Saudi.

Katanya, penyelesaian pembunuhan itu pasti menjadi keutamaan keluarga diraja tersebut.

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman telah dikaitkan dengan kes pembunuhan itu.

Turki telah berkongsikan bukti pembunuhan Khashoggi dalam tempoh tujuh setengah minit kepada negara-negara yang memintanya.

Pendakwa raya Arab Saudi telah mengesahkan Khashoggi dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi oleh satu operasi yang diaragkan oleh pegawai perisik.

Wartawan itu telah diberi suntikan maut selepas berlaku pergelutan.

Mayatnya dikerat di dalam bangunan konsulat itu di Istanbul dan kemudiannya diserahkan kepada ‘orang tempatan; untuk dilupuskan. – MalaysiaGazette