Home Nasional Hutang negara bertambah di bawah kerajaan PH – Najib

Hutang negara bertambah di bawah kerajaan PH – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan kedudukan hutang rasmi negara akan terus bertambah di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau turut meramalkan defisit belanjawan tahunan kerajaan sekarang akan jauh lebih tinggi berbanding di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Oleh itu, saya 100% pasti hutang kerajaan rasmi bila sampai masa untuk PRU15 akan jauh lebih tinggi berbanding sebelum PRU14,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sambil menyifatkan Lim Guan Eng tidak malu apabila mendakwa kerajaan PH mentadbir dengan bagus ketika memetik laporan ekonomi Bloomberg yang terbaharu.

Dalam laporan itu, Malaysia disenaraikan di tangga teratas di antara negara-negara membangun.

Najib menambah, sebenarnya, Malaysia sudah lama menduduk pangkat teratas laporan yang sama ini semasa Barisan Nasional (BN) masih mentadbir. (https://www.bloomberg.com/…/asia-tops-emerging-market-score…)

“Ekonomi yang semakin menaik dan duduk sebagai ekonomi membangun terbaik sebelum PRU14 mengikut laporan kini menjadi semakin tenat di bawah mereka?

“Pusing demi pusing, Guan Eng akhirnya bercakap benar apabila beliau mengaku bahawa ekonomi di dalam keadaan tenat sekarang,” tambahnya.

Laporan terbaharu Moody’s minggu lepas juga memaklumkan ekonomi Malaysia di bawah kerajaan PH akan semakin menurun sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun yang akan datang.

“Salah BN juga?,” sinis Najib.

Semalam, Guan Eng berkata, Malaysia memerlukan masa tiga tahun lagi untuk kembali pangkal jalan serta memastikan ekonomi negara berada di tahap memberangsangkan.

Meskipun begitu, Menteri Kewangan itu berkata, ia tidak bermakna PH akan mengurangkan hutang negara.

Mengulas kenyataan itu, Najib berkata, selama ini, PH mendakwa bahawa negara perlu diselamatkan dari BN kerana hutang negara sangat tinggi.

Dan, selepas mereka mengambil kuasa, hutang negara juga selalu disebut sebagai masalah terbesar negara yang menghalang mereka untuk menunaikan janji-janji manifesto mereka.

Lantaran itu, Najib mempersoaalkan adakah kenyataan Pakatan Harapan yang mahu selamatkan negara bukan bermakna mengurangkan hutang. – MalaysiaGazette