Home Dunia Tidak ada bukti Mohammed bin Salman arah bunuh Khashoggi – AS

Tidak ada bukti Mohammed bin Salman arah bunuh Khashoggi – AS

Mohammed bin Salman. foto Agensi

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat berkata, tidak ada bukti yang mengaitkan Putera Makota Arab Saudi dengan kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

“Saya telah membaca setiap butiran perisikan pemilikan erajaan Amerika Syarikat.

“Apabila ia sudah selesai, apabila selesai analisis ini, tidak ada bukti langsung yang menghubungkannya dengan pembunuhan Jamal Khashoggi.

“Itulah kenyataan yang tepat, satu pernyataan yang penting dan ia adalah satu kenyataan yang kita buat secara terbuka hari ini,” kata Mike Pompeo dalam temu bual dengan penyiar CNN di Buenos Aires di luar sidang sidang G20.

Ditanya apakah Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah membuat kesimpulan dengan “keyakinan tinggi” bahawa Putera Mohammed bin Salman terlibat, Pompeo berkata: “Saya tidak boleh mengulas mengenai perkara-perkara mengenai perisikan, kesimpulan CIA”.

Sebelum ini, CIA telah memberi penilaian bahawa Putera Mahkota telah mengarahkan pembunuhan itu berlaku pada 2 Oktober lalu di bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Namun, Arab Saudi yang menafikan penglibatan Mohammed bin Salman berkata, Putera Mahkota tidak tahu menahu mengenai kes berkenaan. – MalaysiaGazette