LONDON – Bayern Munich sanggup membayar 50 juta euro (RM237 juta) bagi mendapatkan pemain Inter Milan, Ivan Perisic.
Onefootball melaporkan, pemain antarabangsa Croatia itu bakal meninggalkan Serie A pada hujung musim ini.
Kelab gergasi Jerman itu sedang memburu pemain baharu selepas penyerang prolifik, Arjen Robben mengesahkan akan meninggalkan kelab setelah hampir sedekad bersama Bayern.
Sebelum ini, Perisic yang berusia 29 tahun mendedahkan ingin mencuba nasib dalam Liga Perdana Inggeris dan dikaitkan dengan Manchester United. – MalaysiaGazette