Home Nasional Insiden rusuhan kuil ditangani dengan bijak

Insiden rusuhan kuil ditangani dengan bijak

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Perhimpunan Bulanan JPM di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 DISEMBER 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan dengan bijaksana bagi menangani insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Katanya, sekiranya jalan terbaik ini berjaya dilakukan, maka rakyat pelbagai lapisan masyarakat memahami dan menerimanya.

“Bila kita hadapi masalah rusuhan dan hendaklah kita tangani dengan cara bijak sebagai pemerintah yang prihatin dan berpengalaman,” katanya ketika berucap di Himpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Turut hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman yang mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan penghujung November lalu.

Insiden itu menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah, selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Sehingga kini, seramai 58 individu ditahan polis. – MalaysiaGazette