Home Ekonomi Qatar keluar OPEC

Qatar keluar OPEC

OPEC

Dubai – Qatar membuat keputusan untuk meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) bermula 1 Januari ini selepas hampir 60 tahun menjadi anggota.

Syarikat minyak negara, Qatar Petroleum membuat pengumuman berkenaan melalui beberapa siri tweet di laman rasminya.

“Keputusan untuk menarik diri daripada OPEC adalah untuk memberi fokus kepada pelan membangunkan serta meningkatkan pengeluaran gas asli negara,” kata Menteri Tenaga Qatar, Saad Sherida Al-Kaabi dalam salah satu tweet berkenaan.

Negara-negara anggota OPEC secara kolektif menyumbang kira-kira 44 peratus daripada pengeluaran minyak mentah dunia.

Kumpulan tersebut mensasarkan untuk memantau pasaran dan memutuskan untuk meningkat atau menurunkan pengeluaran minyak bagi memastikan kestabilan bekalan dan permintaan terus stabil.

Qatar yang menganggotai OPEC sejak 1961 memberitahu, organisasi tersebut telah dimaklumkan mengenai hasratnya untuk keluar daripada pertubuhan itu.- MalaysiaGazette