MARSEILLE – Seorang wanita maut selepas tong gas pemedih mata yang dilemparkan ke tingkap rumah oleh kumpulan penunjuk perasaan terkena mukanya.
Mangsa tinggal di sebuah apartmen yang mana menjadi lokasi tunjuk perasaan berlaku.
Ketika kejadian, wanita berkenaan sedang menutup tingkap rumahnya.
Tunjuk perasaan di Perancis bagi membantah kenaikan cukai petrol semakin meningkat.
Mangsa telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia semasa pembedahan dijalankan, dipercayai mengalami kejutan, menurut laporan media tempatan.
Seramai tiga mauut sepanjang demonstrasi itu berlangsung sejak dua minggu lalu.
Menteri Dalam Negeri berkata, dianggarkan 136,000 orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ‘yellow vest’ di seluruh Perancis.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menganggarkan sejumlah AS$3.4 hingga AS$4.5 juta kerugian akibat kerosakan sepanjang berlangsung demonstrasi itu. – MalaysiaGazette