NOUMEA – New Caledonia mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan pantai susulan amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di bawah laut dengan 7.6 magnitud melanta perairan timur wilayah Perancis.
Gempa itu hanya berjarak 10 kilometer dan kira-kira 155 kilometer (95 batu) dari timur-tenggara Pulau Loyalty, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Amaran pemindahan itu dikeluarkan untuk berpindah ke lokasi lebih dari 300 meter (984 kaki) jauh dari pantai dan jika boleh ke kawasan lebih tinggi daripada 12 meter (39 kaki) di atas paras laut.
“Kami telah mematikan penggera di luar New Caledonia tetapi kami tidak mempunyai sebarang penilaian segera terhadap kemungkinan kerosakan,” kata jurucakap Jabatan Perlindungan Awam dan Pengurusan Risiko. – MalaysiaGazette