Home Nasional Suami kaya digalak bantu isteri bayar PTPTN

Suami kaya digalak bantu isteri bayar PTPTN

Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Suami yang dikategorikan sebagai kaya kerana pendapatannya yang banyak boleh membantu isteri yang tiada pekerjaan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan sekalipun secara prinsipnya bayaran perlu dibuat oleh si peminjam, namun jika suam mampu membantu ia adalah sangat dialu-alukan.

“Kita memang ada bincang mengenai perkara ini, cuma kita belum maklumkan.

“Kalau ada isteri yang tidak bekerja dan pasangannya mampu, hendaklah bertanggungjawab tolong membayar juga,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kedudukan peminjam PTPTN yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak lagi memberi diskaun kepada pembayaran sekaligus mulai tahun depan.

“Sebelum ini, dari tahun 2012 ada diskaun sama ada 10 peratus atau 15 dan 20 peratus, tawaran itu akan berakhir pada 31 Disember.

“Jadi mana-mana yang rasa ada kemampuan bayar keseluruhan rebutlah peluang ini sebab tahun depan sudah tiada.

“Tahun depan jadi mandatori kalau gaji sikit kita potong sikit, jadi tidak lagi potongan,” ujarnya.

Terdahulu, PTPTN memaklumkan pembayaran bagi pinjaman dibuat melalui potongan gaji bagi peminjam yang bergaji RM2,000.

Bayaran pinjaman dibuat secara bergadual mulai Januari ini dengan peratusan 2 hingga 15 peratus mengikut kadar pinjaman dan gaji.- MalaysiaGazette