KUALA LUMPUR – Syamel Aqmal Mohd Fodzl atau lebih dikenali sebagai Syamel terharu apabila keluarganya merancang untuk membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, sambutan hari jadinya diadakan di sebuah restoran di ibu kota.
“Memang terharu dengan kejutan sambutan hari jadi kali ini, apatah lagi ia dirancangkan oleh keluarga saya,” katanya yang sudah menginjak usia ke-25 tahun.
Menurut bekas peserta Akademi Fantasia itu, beliau menerima banyak ucapan hari lahir daripada sahabat dan peminat-peminatnya.
Meskipun usia semakin menginjak, Shamel mengakui tidak takut untuk menjadi dewasa.
Sebaliknya, peningkatan usia itu menjadikan beliau lebih bertanggungjawab.
“Syamel berharap agar peminat serta sahabat selalu mendoakan agar kesejahteraan saya,” katanya yang bakal beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu ‘Kau Pun Sama’ yang digarap Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe. – MalaysiaGazette