Home Politik ICERD sesuai untuk Israel sahaja – Pas

ICERD sesuai untuk Israel sahaja – Pas

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

KUALA LUMPUR – Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas hari ini berpandangan bahawa Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya sesuai untuk diamalkan di negara-negara berat sebelah seperti Israel dan Myanmar.

Menurut Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, ICERD merupakan satu isu yang perlu dilihat secara terbuka oleh pemimpin negara ini.

Malah katanya, ICERD sepatutnya diketengahkan di negara yang dilihat bersikap berat sebelah seperti di Israel.

“Badan Antarabangsa ini sepatutnya melabelkan ICERD kepada negara Israel yang dilihat membunuh manusia siang malam, pagi dan petang,” katanya memetik laporan Berita Pas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu turut menggesa agar dunia turut melabelkan ICERD ini kepada kerajaan Myanmar, China dan Afrika yang dilihat bertindak kejam terhadap golongan lain.

Pas pada Ahad lalu mengeluarkan arahan kali kedua kepada semua ahli parti supaya menyatakan komitmen untuk hadir pada perhimpunan aman menolak ratifikasi ICERD.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, bepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan turut serta dalam Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember nanti.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut mengajak peserta himpunan berkumpul dengan Najib pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Dang Wangi, Sabtu nanti.

Tiga lokasi pergerakan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD telah disenaraikan antaranya Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nik Muhamad fikir msia betul berbanding Israeldan Myanmar. Hairan juga macam Nik ini org educated tapi tidak open minded. Msia negara paling banyak berbuat ketidakadilan. Tak adil dari segi, hal istimewa, bahasa dan agama. Mana ada negara di dunya seperti msia. Sedarkah atau tida?

Comments are closed.