Home Nasional Jangan menyibuk urusan rakyat Malaysia

Jangan menyibuk urusan rakyat Malaysia

Abdul Rani Kulup Abdullah
Abdul Rani Kulup Abdullah. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah memberi amaran kepada ahli politik dari India agar tidak mencampuri urusan negara khususnya melibatkan komuniti India.

Beliau berkata, cubaan pemimpin politik dari Tamil Nadu menimbulkan ketengangan kaum di negara ini dilihat semata-mata mahu meraih populariti di negaranya sendiri sebagai pembela penganut Hindu.

“Ini orang India ini rakyat Malaysia, bukan rakyat India, yang dia sibuk buat apa!  Dia rakyat Malaysia, India pun rakyat Malaysia, Cina pun rakyat Malaysia, Melayu memang sah rakyat Malaysia.

“Kenapa negara India nak sibuk, jangan nak cari populariti kononnnya nak bela rakyat India. Kalau tak ada, kau ambil la balik buat apa nak duduk sini kalau kata Malaysia ini bakar kuil…mana ada,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan India di Malaysia di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin Parti Orang Hindu (HPP) dari Tamil Nadu India, Arjun Sampath yang mendakwa komuniti India di negara ini dizalimi dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Putra Heights, Subang Jaya, pagi Isnin lepas.

Abdul Rani Kulup Abdullah
Presiden Persatuan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah (tengah) bercakap kepada media ketika menyerahkan memorandum bercakap kepada media ketika menyerahkan memorandum kepada Kedutaan India berkenaan kenyataan Arjun Sampath, turut hadir Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa All Pitchay (kanan) di Pejabat Kedutaan India, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2018

Arjun mendakwa sekumpulan 200 pelampau Islam telah membunuh kanak-kanak dan wanita kaum India dengan mengelarkan leher mengguna pisau dan merobohkan sebahagian struktur kuil terbabit.

Arjun membuat tuduhan liar itu ketika menghantar surat bantahan dakwaan kekejaman itu kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu, 28 November lalu.

Abdul Rani juga menegaskan, masyarakat Malaysia tidak pernah menzalimi komuniti India bahkan mereka bebas mengamalkan agama Hindu termasuk mendirikan rumah ibadat mereka tanpa halangan.

“Kuil lagi banyak dari masjid, kuil lagi banyak dari surau, kita tak peduli pun. Jadi jangan memainkan isu perkauman, jangan main isu agama untuk mencari populariti murahan di India.

“Kita gesa dia mohon maaf kalau dia tak puas hati boleh datang sini tengok kuil belum roboh lagi.

“Kerajaan Malaysia baik dan kerajaan dapat menangani perkara ini begitu hebat baik tiada masalah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.