Home Nasional Malaysia, Singapura seperti kembar – Tun M

Malaysia, Singapura seperti kembar – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerima lawatan dari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong (kiri) di Yayasan Kepimpian Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 19 MEI 2018 - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Hubungan antara Malaysia dan Singapura diibaratkan seperti kembar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia dan Singapura seperti kembar, kecuali kembar yang lebih tua sedikit lebih besar daripada yang lebih muda,” kata beliau menerusi Facebook.

Menurut Perdana Menteri, seperti kebanyakan negara, sudah pasti akan wujud perbezaan dan persaingan antara kedua-dua negara.

Namun, ia akan membantu Malaysia dan Singapura berkembang dengan lebih cepat.

Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong selaku tuan rumah pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini kerana memberi layanan yang baik.

Singapura hari ini mendakwa bahawa kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat ini.

Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan berkata, Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga Nota Pihak Ketiga.

Singapura juga memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018.

Pelebaran itu adalah dalam lingkungan Perairan Wilayah Singapura dan menjejaki sempadan timur Had Pelabuhan Johor Bahru 1999.

Warta itu berkuaskuasa hari ini. – MalaysiaGazette