KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta pukul 8.30 pagi tadi bagi sebutan semula 17 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).
Isteri bekas perdana menteri itu tampil berbaju kurung merah jambu ditemani suami, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Norashman.
Rosmah pada 4 Oktober lalu didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan. -MalaysiaGazette