Home Nasional Baiki kekurangan, bukan tutup AIM – Rina

Baiki kekurangan, bukan tutup AIM – Rina

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berharap kerajaan tidak meneruskan rancangan untuk membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebaliknya membaiki kekurangan yang ada di bawah pengurusan yang terdahulu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berharap kerajaan tidak meneruskan rancangan untuk membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebaliknya membaiki kekurangan yang ada di bawah pengurusan yang terdahulu.

NILAI – Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berharap kerajaan tidak meneruskan rancangan untuk membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebaliknya membaiki kekurangan yang ada di bawah pengurusan yang terdahulu.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata AIM telah terbukti banyak membantu terutamanya dalam kalangan wanita luar bandar.

“Sekiranya ada kesilapan dari segi pengurusan yang terdahulu maka kita harus membaikinya, bukan menutup AIM.

“AIM ini saya dimaklumkan mempunyai lebih 340,000 orang Sahabat AIM…badan ini fungsi dan matlamatnya bagus,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di program Jom Kembali ke Sekolah di sini hari ini.

Rina berharap segala tindakan yang akan diambil terhadap AIM, tidak akan menjejaskan sahabat-sahabat AIM terutamanya mereka yang di luar bandar.

“Saya akan berjumpa dengan pengerusi AIM dalam masa yang terdekat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan kerajaan sedang menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.

Terdahulu dalam program tersebut, Rina menyampaikan pek bantuan persekolahan kepada 200 pelajar dalam Parlimen Rasah.

Para pelajar turut menerima bantuan baucar RM30 sebagai deposit untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

— BERNAMA