Home Nasional Himpunan Hak Asasi Suhakam batal?

Himpunan Hak Asasi Suhakam batal?

KUALA LUMPUR – Polis menyarankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok.

Sambutan itu dijadual menampilkan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat dan akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

“Kami sedang tunggu mesyuarat Kabinet selesai dan keputusan akhir mengenainya. Ia mungkin terpaksa ditangguhkannya,” menurut Malaysiakini yang memetik sumber kerajaan sebagai berkata.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan kebenaran untuk sambutan acara Suhakam itu telah ditarik balik.

Hari Hak Asassi Manusia itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi di Padang Timur.

Himpunan ICERD pula diadakan di Dataran Medeka bermula pada pukul 2 petang hingga 6 petang. – MalaysiaGazette