KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.0 bilion pada 30 November 2018, merosot berbanding AS$102.1 bilion pada 15 November lalu.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette