PARIS – Seramai 89,000 anggota keselamatan dikerah mengawal ibu negara dan bandar-bandar utama di Perancis bagi menghadapi penunjuk perasaan ‘yellow vest’.
Daripada jumlah itu, 8,000 anggota keselamatan ditempatkan di Paris bagi menghalang keganasan yang berlaku di Champs Elysees, Arc de Triomphe pada minggu lalu berulang lagi.
Menara Eiffel dan beberapa mercu tanda pelancong ditutup.
Manakala kedai-kedai pula dilitupi dengan papan bagi mengelak kemusnahan akibat dibaling oleh penunjuk perasaan.
Demonstrasi besar-besaran itu dilakukan selepas rakyat Perancis menolak pembaharuan ekonomi yang dilakukan oleh Presiden Emmanuel Macron yang mengumumkan kenaikan cukai bahan api.
Namun, Perancis sudah membatalkan cukai berkenaan.
Tetapi demonstrasi itu tidak menunjukkan reda kerana rakyat Perancis kini mengaitkan isu-isu lain pula. – MalaysiaGazette