Home Nasional Gelagat ‘Ketua Saintis’ curi tumpuan

Gelagat ‘Ketua Saintis’ curi tumpuan

Lelaki yang menggelar dirinya 'Ketua Saintis Dunia' mencuri tumpuan peserta Himpunan Ummah 812 dengan menceritakan pelbagai kisah selepas PRU14.

KUALA LUMPUR – Peserta #Himpunan 812 yang melintasi persimpangan Jalan Tun Perak di sini dihiburkan dengan gelagat seorang lelaki warga emas yang menceritakan pelbagai isu dan situasi negara ketika ini.

Lelaki berusia 60 tahun yang enggan dikenali itu menggantung pada lehernya poster dengan ditulis ayat “Saya Ketua Saintis Dunia”.

Bermula dengan isu pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, segala macam kisah suka duka rakyat yang terpaksa dilalui dan diselitkan dengan lawak jenaka beliau. – MalaysiaGazette