Home Dunia Jepun buka pintu kepada pekerja kolar biru

Jepun buka pintu kepada pekerja kolar biru

Jepun memerlukan lebih ramai pekerja asing ekoran peningkatan warga tua. foto Agensi

TOKYO – Jepun membenarkan lebih banyak pekerja kolar biru asing untuk menangani kekurangan pekerja meskipun berdepan dengan kritikan.

Pekerja asing telah lama menjadi larangan kepada negara itu tetapi peningkatan populasi tua telah memberi tekanan untuk melaksanakan polisi berkenaan.

Undang-undang baharu itu telah diluluskan oleh Parlimen selepas cuba ditangguhkan oleh parti pembangkang.

Polisi itu berkuatkuasa pada mulai April tahun depan.

Dengan adanya polisi tersebut, Jepun akan mewujudkan dua kategori visa bagi pekerja kolar biru dalam sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja itu.

Satu kategori yang membenarkan pekerja menetap sehingga lima tahun tetapi tidak boleh membawa ahli keluarga mereka.

Manakala satu lagi kategori pekerja mahir boleh membawa keluarga dan kemungkinan dibenarkan untuk menetap.

Perincian termasuk berapa jumlah pekerja asing yang dibenarkan masuk, sektor terlibat dan kemahiran yang diperlukan tidak dimaklumkan dalam undang-undang.

Ini kerana, pembuat dasar pembangkang mahu lebih masa untuk melakukan perundangan draf berkenaan.

Kerajaan Jepun berkata, sehingga 345,150 orang pekerja kolar biru akan dibenarkan masuk dalam tempoh lima tahunm berbanding 500,000 orang pada awal pertimbangan.

Jepun mempunyai kira-kira 1.28 juta pekerja asing, dua kali ganda berbanding angka sedekad lalu, dua peratus daripada jumlah pekerja negara berkenaan.

Daripada jumlah itu, 260,000 adalah pelatih dari Vietnam dan China yang dibenarkan menetap antara tiga hingga lima tahun. – MalaysiaGazette