Home Nasional Hak asasi bukan ancaman kepada Islam – Razali

Hak asasi bukan ancaman kepada Islam – Razali

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail bercakap ketika sesi sidang media pada Majlis Sambutan Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2018

PETALING JAYA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersedia membantu dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menyedarkan rakyat mengenai pentingnya hak asasi manusia bagi semua kaum dipelihara dan dijaga.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, malangnya masih ramai antara mereka tidak faham dengan istilah hak asasi, dengan cuba mengelirukan orang ramai kononnya hak mereka hendak dicabuli.

Kata beliau, perjuangan Suhakam dalam menegakkan hak asasi manusia tidak pernah berpihak kepada mana-mana kaum, agama dan bangsa, sebaliknya komited hendak memastikan ia dilaksanakan mengikut prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 di Padang Timur, di sini, hari ini, beliau menyatakan, banyak cara perlu dilakukan bagi melindungi negara.

MGF09122018_SAMBUTAN HARI ASAKSI MANUSIA 201821
Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail bercakap ketika sesi sidang media pada Majlis Sambutan Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2018

“Kami percaya terdapat banyak cara untuk melindungi negara dan saya akan menyatakan secara terbuka hari ini bahawa kita mahu menjadi rakan kongsi kerajaan dalam bergerak ke hadapan.

“Kami mahu secara berkesan memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan, walaupun pada masa ini kami tidak bersetuju dengan beberapa isu,” katanya.

Program sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang sepatutnya dijadual semalam, telah ditangguhkan pada hari, tidak mendapat mendapat sambutan ramai.

Beliau turut menyatakan, hak asasi manusia selalunya sering disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai ancaman terhadap Islam.

“Kami mahu memperbetulkan persepsi ini, yang jika dibiarkan dengan tanggapan itu, ia boleh membahayakan negara,” katanya. – MalaysiaGazette