Home Utama Jangan guna isu Pulau Kukup helah kerana anda tidak ‘perform’ –...

Jangan guna isu Pulau Kukup helah kerana anda tidak ‘perform’ – TMJ

Foto dari facebook HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan orang luar supaya tidak payah menyibuk mengenai hal negeri itu malah baginda menegaskan bahawa Johor mempunyai cara tersendiri menerusi perlembagaan yang wujud sebelum Malaysia dibentuk lagi.

Dalam hantaran di Facebook, baginda turut menekankan tidak kira apa juga kenyataan atau surat yang dikeluarkan, orang luar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengatasi perlembagaan negeri Johor.

“Satu-satunya yang boleh mengubah perlembagaan ialah Sultan. Surat yang dikeluarkan oleh negeri Johor jelas bahawa Pulau Kukup akan tetap dilindungi sebagai ‘National Park’,” titah baginda.

Tunku Ismail sebelum itu meruju kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang menurutĀ  baginda telah mendesak agar status Pulau Kukup sebagai taman negara dikekalkan seperti asal.

Titah baginda, baru tiga dan empat hari lepas, baginda telah memuatnaik surat kerajaan Johor yang turut ditandatangi DYMM Tuanku Sultan yang mengatakan bahawa pulau itu akan diletakkan di bawah Enakmen Sultanate Land.

surat

Bagaimanapun, Pulau Kukup tetap terus kekal sebagai Taman Negara Johor.

“Tiada perubahan mengenai kegunaan dan perlindungan terhadapnya. Apa yang masih tidak faham?” soal baginda.

Seterusnya, Tunku Ismail turut mengingatkan semua pihak yang berkenaan supaya jangan mempergunakan isu Pulau Kukup sebagai helah untuk mengalihkan perhatian hanya kerana orang luar itu tidak ‘perform’.

“Itulah sebabnya saya katakan sejak dari dulu lagi, beri tumpuan kepada kemajuan negara. Tidak payah nak sibuk bergaduh sana sini,” titah baginda. – MalaysiaGazette

Pulau Kukup ditukar status kepada tanah Kesultanan

Amaran TMJ – Ini bukan lagi tahun 1992