KUALA LUMPUR – Seorang peminat bola sepak tanah air yang mahu dikenali sebagai Dinie merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mempetulkan sistem penjualan tiket.
Ketika ditemui MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Dinie berkata, ada yang menangis bila tidak dapat membeli tiket antara lain disebabkan kelemahan sistem jualan tiket termasuk menerusi dalam talian.
Katanya, kaunter-kaunter tiket yang dijanjikan akan dibuka pada pukul 9 pagi juga tidak beroperasi pada waktu berkenaan.
Keadaan itu, katanya, telah menyebabkan ramai peminat bola sepak negara yang kecewa.
Sebanyak 80,000 tiket dijual bagi perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 pertama yang menyaksikan Malaysia menentang Vietnam. – MalaysiaGazette