TOKYO – Puteri Masako Owada mendedahkan beliau berasa kurang yakin untuk menjadi Maharani pada April ini namun akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Jepun.
Masako akan ditabalkan sebagai Maharani apabila suaminya, Putera Mahkota Naruhito menggantikan bapanya, Maharaja Akihito
Maharaja Akihito, 84, dijadualkan turun takhta tahun depan disebabkan usianya yang lanjut dan menghadapi masalah kesihatan.
Masako pernah menderita masalah tekanan selama beberapa tahun tetapi kini semakin pulih dan berusaha untuk menyempurnakan tuga-tugas diraja.
Bekas graduan Harvard dan Oxford itu merupakan bekas diplomat sebelum berkahwin dengan suaminya pada tahun 1993.
Putera Naruhito dilaporkan bertemu dengan Masako di jamuanĀ teh yang diadakan untuk puteri Sepanyol pada tahun 1986.
Selepas berkahwin, Masako dilaporkan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan konservatif diraja.
Doktor yang merawat Masako memaklumkan isteri Putera Mahkota itu derita ‘gangguan untuk menyesuaikan diri’, berpunca daripada tekanan dan selalunya dikaitkan dengan kemurungan dan ketakutan.
“Menjelang hari mendatang, saya kadangkala berada kurang yakin tentang setakat mana saya mampu berkhidmat kepada rakyat Jepun.
“Tetapi, saya akan berusaha sebaik mungkin supaya saya boleh menyumbang kepada kebahagian mereka,” katanya.
Masako berkata, beliau cukup emosi dan berasa nostalgia bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum Maharaja Akihito turun takhta.
Bagaimanapun, Masako berkata, kesihatannya semakin pulih dan gembira dapat menjalankan lebih banyak tugas-tugas rasmi berbanding sebelum ini. – MalaysiaGazette