Home Nasional Pembentangan Kertas Putih Felda ditangguh tahun depan – Azmin

Pembentangan Kertas Putih Felda ditangguh tahun depan – Azmin

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kertas Putih mengenai gambaran mendalam terhadap kemelut yang menyelubungi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibentangkan ke sidang Parlimen tahun depan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penangguhan tersebut adalah disebabkan Kertas Putih itu kini berada di peringkat akhir dan sedang disiapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Menurutnya, jemaah menteri telah bersetuju untuk menangguhkan pembentangan Kertas Putih itu ke sidang pertama, penggal kedua, Parlimen-14 dalam usaha memastikan keutuhannya.

Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen daripada UMNO akan semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.
Mohamed Azmin Ali

“Gambaran yang jelas akan dapat membantu MEA dan pengurusan baharu FELDA dalam merangka pelan pemulihan dan hala tuju FELDA yang lestari dan mampan.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) komited untuk membentangkan Kertas Putih yang komprehensif dan berkredibiliti.

“MEA telah bertungkus-lumus menyediakan Kertas Putih tersebut dan ianya di peringkat terakhir penyediaan bagiĀ pembentangan di Parlimen yang dijadualkan pada 10 Disember 2018,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Azmin berkata, pihaknya telah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula cadangan Kertas Putih itu kerana berpendapat beberapa isu perundangan perluĀ diselesaikan sebelum Kertas Putih tersebut boleh dibentangkan di Parlimen.

“MEA mengambil berat pandangan daripada AGC dan telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan Jemaah Menteri,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Azmin bentang kertas putih Felda bulan depan

Penyediaan kertas putih mengenai Felda kini di fasa akhir – Azmin

Kertas Putih penyelewengan Felda dibentang di Parlimen