Home Ekonomi Harga minyak diunjur AS$70-AS$75 setong tahun depan

Harga minyak diunjur AS$70-AS$75 setong tahun depan

KUALA LUMPUR – Harga minyak Brent dijangka didagangkan antara AS$70 hingga AS$75 setong menjelang tahun depan.

Pemulihan harga itu disokong oleh pengurangan 1.2 juta tong minyak yang akan dibawa keluar dari dalam pasaran dalam tempoh enam bulan mulai Januari tahun depan.

Pemotongan itu mewakili 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan bekalan.

Affin Hwang Capital Research dalam nota pe berkata, ia merupakan berita positif bagi menambah baik bekalan dan permintaan, selain menyuntik keyakinan dalam pasaran.

Firma penyelidikan itu mengekalkan ‘overweight’ (lebih bernilai) dalam sektor tersebut.

Tambahnya, gencatan pertikaian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat selama sembilan bulan turut memberi positif kepada harga minyak menjelang tahun depan kerana permintaan dunia diunjur kukuh dan dijangka kemuncak pada tahun 2020. – MalaysiaGazette