ANKARA -Empat maut apabila keretapi laju bertembung dengan lokomotif lain dan melanggar jambatan di stesen keretapi di Ankara.
Insiden itu turut mencederakan 43 orang.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan semasa ia sedang dalam perjalanan dari Ankara ke Konya.
Gabenor, Vasip Sahin memberitahu, nahas itu berlaku apabila keretapi laju melanggar lokomotif yang sedang menjalani pemeriksaan trek.
Setakat ini belum diketahui berapa kelajuan keretapi itu semasa kemalangan berlaku.
Tetapi perjalanan keretapi laju bagi laluan Ankara-Konya adalah tanpa henti.- MalaysiaGazette