Home Politik Saya tidak mahu hilang kredibiliti – Nazri

Saya tidak mahu hilang kredibiliti – Nazri

Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan UMNO kerana tidak berhasrat menjadi ‘katak’.

“Tidak! Saya akan kekal dengan ideals UMNO. Saya tidak akan meninggalkan UMNO,” katanya sambil menambah ideals yang dimaksudkan itu adalah perjuangan dalam membentuk kerajaan dan membantu rakyat.

Ahli Parlimen Padang Renggas itu membuat kenyataan tersebut susulan khabar angin yang mendakwa ada gelombang lain selepas pemimpin-pemimpin UMNO Sabah keluar parti tersebut secara besar-besaran semalam.

Nazri berkata, beliau tidak mendengar apa-apa mengenai khabar angin itu dan meragui pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO akan belot kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya tidak berhasrat untuk menjadi katak,” kata Nazri seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, seseorang akan kehilangan kredibilitinya apabila berubah parti, tidak kira apa pun alasan yang diberikan.

“Saya tidak mahu kehilangan kredibiliti. Saya akan tetap bersama UMNO,” katanya.

Selepas pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti semalam, hari ini Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula mengumumkan menyertai PPBM. – MalaysiaGazette