MADRID – Kerajaan Sepanyol akan menaikkan gaji minimum sebanyak 22 peratus mulai tahun 2019.
Ia merupakan peningkatan tahunan terbesar dalam tempoh lebih daripada 40 tahun.
Ini bermakna berjuta-juta pekerja berpendapatan rendah dapat melihat kenaikan gaji dari 736 euro (AS$ 835; £ 665) hingga 900 euro, berkuatkuasa dari bulan Januari.
Perdana Menteri, Pedro Sanchez yang membuat pengumuman itu berkata, negara kaya tidak boleh mempunyai pekerja miskin.
Gaji minimum Sepanyol lebih rendah berbanding United Kingdom, Jerman dan Perancis tetapi lebih tinggi berbanding negara-negara anggota Kesatuan Eropah termasuk Portugal, Greece dan Poland.
Kebanyakan pekerja di Sepanyol dibayar untuk tempoh 14 bulan bekerja dengan gaji tambahan pada bulan Julai dan Disember – dengan pendapatan minimum tahunan sebanyak 12,600 euro.
Sanchez berkata, Kabinet akan meluluskan kenaikan gaji itu paada 21 Disember ini dan kemudian akan diperakukan oleh dikri diraja tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen. – MalaysiaGazette