ANKARA – Seramai sembilan orang maut dan sekurang-kurangnya 50 lagi cedera parah dalam insiden kereta api berkelajuan tinggi melanggar sebuah lokomotif semalam di ibu negara Turki, Marsandiz awal pagi waktu tempatan.
Agensi melaporkan, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan mendedahkan, antara yang maut termasuk operator kereta api tersebut.
Kereta api laju itu sedang dalam perjalanan dari stesen utama di Ankara ke wilayah Konya dengan 206 penumpang ketika itu berada dalam kenderaan berteknologi tinggi itu.
Sebelum itu, ada laporan dari pejabat Gabenor Ankara, Vasip Sahin, tiga daripada 50 mangsa disahkan mengalami kecederaan serius.
“Pagi ini berlaku satu kemalangan apabila kereta api laju 6.30 pagi ke Konya melanggar sebuah lokomotif yang bertugas memeriksa landasan di laluan sama,” kata Sahin.
Insiden itu juga dilaporkan berlaku selepas enam minit kereta api itu memulakan perjalanannya. -MalaysiaGazette