Home Ekonomi Ismee bersama 4 individu didakwa mengelirukan Trurich

Ismee bersama 4 individu didakwa mengelirukan Trurich

Ismee Ismail

KUALA LUMPUR – Trurich Resources Sdn. Bhd. (Trurich) membuat laporan polis terhadap lima individu yang didakwa mengelirukan syarikat itu dalam pengambilalihan ladang kelapa sawit di Indonesia berharga AS$58 juta antara tahun 2008 dan 2009.

Lima individu itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Ismee Ismail, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad (THP), Datuk Seri Zainal Azwar dan Datuk Rashidi Omar serta Drs H. Rajasa Abdurachman dan Badai Sakti Daniel.

Dalam laporan polis itu, Trurich mendakwa TH pada 2008 telah meluluskan pengambilalihan ladang kelapa sawit yang baharu dan dipulihkan di Kalimantan utara (Kaltara) dan Kalimantan Tengah (Kalteng).

Dalam urus niaga itu, Trurich bertindak sebagai sayap yang mengambil alih saham-saham dalam syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ladang berkenaan – Kaltara PTs dan Kalteng PTs.

Pada masa pengambilalihan itu, Trurich merupaakan anak syarikat milik penuh TH.

Pada November 2009, FGV Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Felda Golbal Ventures Kalimantan Sdn. Bhd membeli 50 peratus kepentingan dalam Trurich daripada Tabung Haji.

Katanya, Trurich membayar sebanyak AS$12.249 juta bagi Kaltara PTs, yang mana secara kolektif memiliki 30,000 hektar tanah dan AS$45.77 juta bagi Kalteng PTS yang memegang kira-kira 12,833 hektar ladang kelapa sawit dan kilang yang menghasilkan 60 tan metrik.

Dalaam laporan polis itu, ia menyatakan berdasarkan dokumen yang ada termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Truruch, kertas-kertas panel pelaburan, memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri, laporan dan wakil-wakil, ia memaparkan beberapa salah nyata dan maklumat perkara dilakukan semasa perbincangan dan keputusan berkaitan dengan transaksi Kaltara dan Kalteng.

Kesalahan-kesalahan itu telah menyebabkan lebih bayar untuk kedua-dua tanah Kaltara dan Kalteng, serta membeli balik saham yang sudah dibayar,” kata Trurich.

Terdapat juga percanggahan dalam penilaian tanah Kaltara, kata Trurich.

Pada bulan Mac 2008, Zainal telah menyediakan “Laporan Kesesuaian Penilaian 2008” yang merumuskan bahawa hanya 20 peratus tanah di Kaltara adalah “gambut sederhana dalam”.

Penilaian itu dijalankan oleh Zainal, yang mengetuai pasukan kakitangan bagi pihak Tabung Haji dan anak syarikat FGV Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (FGVK).

Pada bulan November 2009, FGVK memperoleh 50 peratus dalam Trurich dari Tabung Haji.

Penemuan dalam laporan Zainal jauh lebih rendah dari dua penilaian lain – oleh CH Williams Talhar & Wong, dan PT AKSS – yang menyimpulkan secara berasingan bahawa 77.86 peratus tanah adalah gambut yang mendalam, kata Trurich.

Pada 22 Ogos 2008, Ismee menyiapkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri yang hanya menggariskan laporan Zainal mengenai keadaan tanah di Kaltara.

“Laporan penuh CH Williams, yang dikeluarkan pada 1 Julai 2008, terutamanya sebahagian daripada laporan yang menunjukkan kira-kira 77.86 peratus tanah itu adalah gambut dalam, tidak dimasukkan,” kata Trurich. – MalaysiaGazette