SYDNEY – Australia memberi ingatan kepada rakyat di negara ini agar berhati-hati jika ingin melancong ke Indonesia khususnya Bali ketika ini berikutan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baru.
Kementerian Luar dalam kenyataan sudah mengeluarkan amaran untuk rakyat negara yang dalam jumlah besar dijangka berlepas ke Bali dan beberapa kepulauan tropika lain sempena cuti musim panas supaya berhati-hati kerana tidak mahu apa-apa insiden buruk berlaku.
Agensi melaporkan, Perdana Menteri, Scott Morrison dijangka membuat pengumuman ‘mengejut’ esok susulan keputusan Australia untuk menurut jejak langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Laporan serta khabar angin mengatakan wujudnya tidak berbelah bahagi Australia terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dilihat mampu membantu Perdana Menteri Australia menangi hati pengundi Yahudi dan sokongan rakan-rakan di Rumah Putih.
Israel dan Palestin kedua-duanya menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negara masing-masing.
Bagaimanapun, para pemerhati dan pengkritik sudah memberigambaran pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menggantikan Tel Aviv hanya akan mengeruhkan lagi suasana serta mengganggu rundingan damai yang kini dalam fasa akhir.
Morrison dijangka tidak meneruskan perpindahan kor diplomatik Australia ke banda tersebut dengan alasan berlakunya pertambahan kos serta implikasi keselamatan. -MalaysiaGazette