NAYPYITAW, Myanmar – Jaguh renang negara, Welson Sim berjaya menepati janjinya untuk merangkul lima pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN 2018 (AUG 2018) kali ini apabila melengkapkan pingat kelimanya semalam.
Atlet dari Sarawak itu membantu kuartet negara yang turut dibarisi Tern Ean Han, Foong Wei Tze dan Keith Lim Kit Ser muncul juara dalam acara 4×200 meter rampaian berganti-ganti dengan melakukan catatan tujuh minit 38.82 saat (s).
Skuad olahraga negara juga cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas menerusi jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail dan Choo Kang Ni bagi acara Lempar cakera wanita.
Selain itu, dua pingat perak turut disumbang oleh Nik Fariezal Erman Nik Abd Hadi menerusi lompat Kijang dan Ahmad Luth Hamizan bagi acara 3000 meter lari berhalangan.
Malaysia kini menduduki tangga ketiga pingat selepas mengumpul 15 emas, 25 perak dan 18 gangsa di belakang Thailand dan Indonesia.
Kejohanan yang bermula 10 Disember lalu akan berakhir 19 Disember ini. – MalaysiaGazette