NEW YORK – Johnson & Johnson didakwa mengetahui bedak bayinya mengandungi asbestos, bahan penyebab kanser sejak berdekad lalu, demikian menurut laporan Reuters.
Dalam satu siasatan mendalam oleh Reuters menunjukkan terdapat dokumen-dokumen dalaman syarikat dan mahkamah yang mengatakan bahan merbahaya itu terkadung di dalam produk J&J sejak 1971 sehingga awal 2000.
J&J juga mengetahui bedak talkumnya itu kadang-kala disahkan positif mengandungi karsinogen tetapi tidak menyebarkannya kepada umum.
J&J menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai berat sebelah, palsu dan menegaskan bahawa bedak bayi keluaran syarikat itu adalah selamat dan bebas asbestos.- Agensi