Home Sukan Salah Pemain Terbaik Afrika 2018

Salah Pemain Terbaik Afrika 2018

Mohamed Salah
Mohamed Salah

LONDON – Penyerang Mesir, Mohamed Salah sekali lagi dinobatkan Pemain Terbaik Afrika BBC selepas cemerlang membantu kelab dan skuad kebangsaan sepanjang musim 2018.

Pemain berusia 26 tahun itu mengenepikan cabaran Medhi Benatia, Kalidou Koulibaly, Sadio Mane dan Thomas Partey sekaligus muncul pemain kedua yang menang dua kali selepas Jay-Jay Okocha.

“Satu perasaan yang sukar digambarkan apabila menang kali kedua. Saya gembira dan mahu menang sekali lagi pada tahun depan,” kata Salah kepada BBC Sport.

Pemain Liverpool menjaringkan 44 gol dalam 52 perlawanan untuk Liverpool musim lalu selepas berpindah dari Roma, dan terus membantu kelab Merseyside itu mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara.

Prestasi baiknya berterusan pada musim ini dan jaringan tunggalnya ketika berdepan Napoli berjaya memastikan Reds melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Salah juga meledak dua kali untuk Mesir di pentas Piala Dunia di Russia.

Pada awal tahun ini, Salah meraih dua anugerah di England iaitu Pemain Terbaik Tahunan dan Pemain Pilihan Penulis Sukan Bolasepak Tahunan.

Salah juga muncul pemenang Pemain Terbaik Tahunan CAF 2017 dan kini berada di kelompok 10 calon akhir bagi musim 2018 yang akan diumumkan pada Januari ini. – MalaysiaGazette