Home Dunia GCC sudah hilang taring

GCC sudah hilang taring

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani

DOHA – Qatar tetap komited kepada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tetapi blok itu perlu menguatkuasakan undang-undangnya dengan lebih baik.

Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani berkata, Qatar masih bergantung kepada Kuwait dan kuasa serantau lain untuk membantu menyelesaikan pertikaian dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan anggota bukan GCC, Mesir yang mengenakan boikot politik dan ekonomi pada Doha sejak Jun 2017.

“Kami percaya bahawa kami lebih relevan sebagai ‘blok’ untuk Barat daripada sebagai negara yang berasingan dan berpecah belah, katanya kepada forum tahunan Doha.

Tetapi, katanya, GCC tidak ada taring dan dan memerlukan mekanisme bagi menyelesaikan pertikaian.

“Mereka mempunyai pelbagai mekanisme dan tidak pernah mencetuskannya (untuk memaksa orang yang bertanggungjawab) kerana sesetengah negara percaya mereka ‘tidak mengikat’, jadi kita perlu memastikan semua peraturan yang dikemukakan dapat mengikat negara-negara di rantau ini,” katanya.

Keempat-empat negara itu menuduh Qatar menyokong keganasan dan berkomplot dengan musuh mereka, Iran.

Namun, Doha telah menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa boikot itu bertujuan untuk mengekang kedaulatannya.

Kuwait bersama Oman telah bertindak sebagai orang tengah bagi menangani perselisihan tersebut dan Amerika Syarikat yang percaya bahawa perpaduan Teluk adalah penting untuk berdepan dengan Iran.

Perselisihan itu masih berlarutan apabila Emir Qatar tidak menghadiri sidang kemuncak pada hari Ahad. – MalaysiaGazette