LISBON- Empat orang maut selepas sebuah sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan Porto, Portugal lewat petang semalam.
Helikopter tersebut dipercayai milik agensi media tempatan dan perkhidmatan kecemasan negara, (INEM) yang dalam perjalanan ke daerah Braganca.
Agensi melaporkan, helikopter tersebut terhempas dan menyebabkan empat penumpangnya termasuk dua juruterbang, seorang doktor dan jururawat telah meninggal dunia.
Jurucakap balai bomba Valongo berkata, seramai 200 penyelamat terbabit telah dikerahkan untuk mencari pesawat serta mangsa ketika ini.
INEM mengatakan helikopter itu berkemungkinan besar terhempas cuaca buruk namun siasatan masih lagi sedang dijalankan ketika ini.
Helikopter INEM itu dilaporkan hilang pada jam 6.30 petang waktu tempatan semalam selepas menurunkan seorang pesakit berusia 76 tahun yang mengalami serangan jantung di sebuah hospital di Porto. -MalaysiaGazette