Home Nasional Kekalkan Baitulmaqdis

Kekalkan Baitulmaqdis

Mahathir Mohamad
BANGKOK – Baitulmuqaddis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Australia juga mahu membahagikan Baitulmuqaddis kepada Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin…semua ini hanya akan meningkatkan kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit di Bangkok, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, negara itu tidak akan memindahkan kedutaannya ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dan Israel.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirkan kebimbangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Jim Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkatakan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” katanya.

“Mereka tidak berhak…ia bukan milik mereka,” katanya. – MalaysiaGazette