Home Nasional Malaysia bantah keputusan Australia iktiraf Baitulmaqdis

Malaysia bantah keputusan Australia iktiraf Baitulmaqdis

Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia membantah sekeras-kerasnya keputusan Australia mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar berkata, Malaysia yakin  pengumuman itu dibuat sebelum penyelesaian dua negara (two-State solution), selain dilihat sebagai satu tindakan pra-matang dan menghina rakyat Palestin.

“Malaysia mengulangi pendirian bahawa pentingnya penyelesaian dua negara, di mana rakyat Palestin dan Israel hidup berdampingan berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin dilihat satu-satunya penyelesaian terbaik untuk konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi untuk mencari penyelesaian yang adil, komprehensif dan terbaik kepada konflik dua negara itu,” ujar kenyataan itu. – MalaysiaGazette