KUALA LUMPUR – “Saya ada comunicate dengan YB Nurul Izzah tapi biar discussion (kami) itu private.’
Itu kenyataan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Baharuddin mengenai peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar.
Menurutnya, biarlah sebarang kenyataan datang daripada Nurul Izzah sendiri.
“Insiden (peletakan jawatan Nurul Izzah) rentetan peristiwa tidak setuju dengan hala tuju parti menyebabkan berlaku, jadi saya sebut kita mahu kepimpinan tertinggi parti buat tindakan proaktif dalam perkara ini,” ujarnya dalam sidang media khas di Pulau Pinang hari ini.
Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.
Hari ini, Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Ketua Cabang PKR Permatang Pauh dan jawatan lantikan oleh kepimpinan pusat parti.
Afif juga yakin tindakan Nurul Izzah tidak dibuat atas desakan mana-mana pihak tetap perlu dinilai oleh pucuk pimpinan parti.
Menurutnya, Nurul Izzah memenangi kerusi Naib Presiden PKR bukan lantikan dan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.-MalaysiaGazette