• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Thursday, May 15, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Nasional Berbaloikah ubah logo Tahun Melawat Malaysia? – Menteri Pelancongan
  • Nasional

Berbaloikah ubah logo Tahun Melawat Malaysia? – Menteri Pelancongan

By
Shawaliah Hadir
-
17 December 2018
Mohamaddin
Datuk Mohamaddin Ketapi. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Mengubah logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 akan memberi kesan kepada majlis perasmian.

Justeru itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, keperluan untuk membuat pengubahsuaian logo itu perlu dikaji terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak melibatkan kos yang besar.

“Ada bantahan terhadap logo itu sebenarnya ,jadi saya harus fikir sewajarnya tentang itu. Sudah tentu dengan mengubahnya kita perlu merasmikan yang baharu, kalau merasmikan yang baharu menggunakan banyak wang persoalannya adakah ia berbaloi? 

“Kalau jika melibatkan jumlah wang yang kecil (sikit) untuk mengubahnya jadi kita akan buat. Kita fikirkannya,” katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Abdul Samad hari ini. 

Pada 14 Ogos yang lalu, Mohamaddin berkata, logo TMM akan melalui proses penambahbaikan menerusi satu pertandingan akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Namun hari ini Ahli Parlimen Ketapi itu berkata, berkemungkinan logo tersebut  hanya akan diubah sedikit sahaja. 

“Saya pun ada fikir untuk mengubahnya tapi minor (kecil),” ujarnya. 

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan logo setem yang memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Orang Utan, monyet dan penyu memakai cermin mata hitam itu walaupun dikecam kerana dianggap tidak berkualiti. – MalaysiaGazette

Shawaliah Hadir
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • logo
  • Tahun Melawat Malaysia 2020

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Nasional

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

Nasional

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

Nasional

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri hingga 20 Dis

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved