Home Ekonomi Harga minyak meningkat

Harga minyak meningkat

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini ekoran kejatuhan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat, namun terdapat kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi.

Niaga hadapan Minyak West Texas Intermediate diniagakan pada AS$51.35 juta tong, naik 0.3 peratus atau AS$0.15 berbanding harga penutup.

Penanda aras minyak Brent masih belum didagangkan.

“Meskipun OPEC dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tomg sehari, harga telah jatuh kerana pasaran menungg bukti pengurangan itu akan dapat menyeimbangkan pasaran.

“Walaupun kejatuhan dalam jumlah pelantar minyak namun ia tidak dapat menghilangkan kebimbangan ini,” menurut ANZ Bank.

Penggerudi-penggerudi Amerika Syarikat mengurangkan empat pelantar minyak pada minggu ini hingga 14 Disember, paras terendah sejak pertengahan Oktober kepada 873, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang diketuai oleh Rusia telah bersetuju untuk mengekang pengeluaran dari Januari sebanyak 0.8 juta tong sehari, sementara sekutu bukan OPEC menyumbang 0.4 juta tong tambahan mulai tahun depan. – MalaysiaGazette