Home Sukan Liverpool kembali ke puncak liga

Liverpool kembali ke puncak liga

Xherdan Shaqiri. Foto Fox Sports.

LONDON – Liverpool terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas membenam Manchester United 3-1 di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Reds kembali merampas kedudukan teratas liga daripada Manchester City dengan memiliki kelebihan satu mata.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, anak buah Jurgen Klopp kini mengumpul 45 mata berbanding City 44 mata.

Pemain gantian, Xherdan Shaqiri muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol selain gol pertama dijaringkan Sadio Mane.

Mane membuka tirai jaringan buat The Reds apabila menyempurnakan hantaran Fabinho pada minit ke-24.

Bagaimanapun, gol itu tidak kekal lama apabila United yang dibimbing Jose Mourinho kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi Jesse Lingard pada minit ke-33.

Kekalahan menyaksikan United kekal di tangga keenam liga dengan 26 mata, 11 mata ketinggalan di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea bagi perebutan slot ke Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazete