Home Politik Ramai pemimpin UMNO tak sedar diri – Veteran

Ramai pemimpin UMNO tak sedar diri – Veteran

UMNO
UMNO hari ini menafikan dakwaan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – UMNO terdiri daripada pemimpin yang kebanyakannya tidak sedar bahawa diri mereka tidak lagi sesuai berada dalam parti.

Malah menurut salah seorang daripada veteran parti itu, sebenarnya parti itu tidaklah ketandusan pelapis baharu untuk dijadikan pemimpin, sebaliknya ramai yang berintegriti namun malangnya tidak diberi laluan secara harmoni.

“Banyak pemimpin UMNO (yang ada kredibiliti) tetapi ramai yang tak sedar diri dia tak sesuai lagi di situ, sudah tak relevan tapi kalau orang kata mengamuk.

“UMNO tak dagahakan kepimpinan,” kata Mat Yasir Ikhsan kepada MalaysiaGazette.

Bagaimanapun katanya, memiliki pemimpin khususnya demi sebuah parti Melayu seperti UMNO perlu berteraskan kriteria memilih ketua dari prinsip Islam.

Antara kriterianya selain jujur dan amanah dan perlu diterima oleh orang di sekelilingnya, tambah Mat Yasir.

“Melantik pemimpin tiada masalah kalau ada prinsip Islam kita balik kepada kriteria Islam (dalam memilih pemimpin) mesti amanah, jujur, berintergriti lebih penting diterima masyarakat sekeliling. Penuhilah kriteria Islam untuk dipilih jadi pemimpin,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menganggap UMNO tidak akan berhadapan dengan kesulitan untuk mencari pemimpin khususnya menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekalipun hanya untuk menggalas tugas secara sementara jika beliau bersetuju untuk berehat.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan Pas mempunyai daya tahan yang lebih daripada UMNO sebagai sebuah parti pembangkang kerana sifat mereka yang meletakkan Islam ke hadapan berbanding kepentingan diri sendiri.

Namun bagi Mat Yasir UMNO masih lagi menjadi platform yang layak dipilih oleh orang Melayu.

“Dalam Pas agama Islam itu nombor satu dalam UMNO pula Islam itu nombor tiga kalau dilihat dari segi perlembagaan tapi dari segi Melayu UMNO terbaik bukan Pas.

“Kemantapan pendirian Pas bukan kerana parti itu tetapi agamanya selagi yang dibuat kerana Allah,” ujar Mat Yasir. -Malaysiagazette